Friday, 11 February 2011

Peguam Yang Kacak

Asslamu'alaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama aku tak masukkan entry di dalam blog ini. Paling kerap pun di novel MetroPolis. Memang susah menjadi peguam ini. Tambahan pula aku dah berhenti dari firma Malek dan dalam proses nak membuka firma sendiri. Buat masa ini aku bolehlah dianggap sebagai penganggur. Tapi mujur juga aku ada sikit simpanan untuk 'hidup' dalam dua tiga bulan. Aku harap semuanya okey untuk aku selepas ini. Kalau tidak pun aku masih boleh mencari kerja di firma lain. Dengar cerita peguam lelaki amat laku sekarang. Tambahan pula aku ini bolehlah dikatakan kacak orangnya. Haha!

Thursday, 26 August 2010

You can teach an old dog new tricks

Aku pergi ke temuduga walaupun tahu akan gagal. Entahlah, aku agaknya dah terasuh untuk tidak mengalah sehingga benar-benar kalah. Itu adalah antara sikap yang baik dan buruk juga sebenarnya. Dulu aku dah tau bahawa firma pertama yang aku buat praktikal dan bekerja adalah firma yang tak menjaga kebajikan pekerjanya. Tapi aku tak mahu mengalah dan percaya bahawa sikap aku itu akan mengubah sikap bosku juga.

Silap besar aku. Di kala mereka dah senang, mereka menunjukkan belang sebenar mereka kembali. Aku benar-benar kalah dan menyertai seorang rakan untuk menjadi rakan kongsi di firma baru pula. Kami berusaha kuat untuk memajukan firma dan akhirnya kami berjaya. Masa itulah muncul perangai sebenar rakan-rakan kongsiku. Aku kembali dikalahkan dan menyesal kerana daripada awal lagi tidak meninggalkan firma tersebut sedangkan banyak tanda yang meminta aku berbuat demikian.

Datang seorang lagi rakanku dan meminta aku menyertainya. Aku bersetuju kerana telah dipujuk berkali-kali. Tapi baru sebulan dua gajiku sudah ada masalah untuk tiba ke kocekku. Aku sepatutnya segera mengalah dan meninggalkan firma tersebut. Tetapi aku sanggup menunggu sehingga 9 bulan sebelum membuat keputusan tersebut. Aku keluar dengan kerugian besar dan tanpa sesenpun menerima gajiku.

Kini aku menghadapi perkara yang serupa dalam hidupku. Dan aku masih melakukan perkara yang sama. Tapi ada sedikit yang berubah iaitu aku mencuba sekali lagi untuk mengubah nasibku di tempat lain tanpa menunggu sehingga aku benar-benar dikalahkan. Akhirnya setelah 37 tahun hidup, aku dapat mengubah tabiatku itu. Ini adalah suatu langkah yang amat positif.

Saturday, 21 August 2010

Tiga isu Nami hari ini. Hebat!

Kereta aku yang asyik kering kerana radiator bocor akhirnya aku sempat juga hantar ke bengkel di Ipoh. Upah welding dengan cuci tangki cuma RM85.00 sahaja. Tapi tadi aku datang dalam pukul 4 petang pun masih tak siap. Kenalah datang dalam 5.30 pm nanti.

Aku masih tension di atas panggilan interview tak ikhlas dari imigresen baru-baru ini. Tapi demi untuk pastikan aku tak kena blacklisted, kenalah aku pergi juga. Next time aku nak apply kat JPN dalam investigation dept pulak la.

Bos aku dah tau aku nak pi interview. Dia tentu rasa tension sebab kat daerah tempat aku kerja tu susah nak dapatkan loyer. Tapi gaji yang aku dapat sekarang ni pun tak cukup nak sara bakal isteriku nanti. Aku tak mau pisang berbuah dua kali. Tak sanggup aku nak pertaruhkan rumahtangga yang bakal aku bina dengan pendapatan ala kadarku sekarang.

Wednesday, 18 August 2010

Semangat Popeye

Syukur Alhamdulillah aku tak lagi sakit perut akibat gastrik. Bulan puasa ni banyak benar dugaannya sehingga aku berasa sangat stress. Namun ada banyak juga perkara-perkara baik berlaku dalam hidupku. Salah satunya ialah apabila aku dapat tahu salah seorang klienku membuat bisnes jual duit di blog macamku ini. Boleh tahan juga pendapatannya. Hmm... selama ini aku berasa kurang yakin. Tapi sekarang semacam bersemangat Popeye pulak.

Monday, 16 August 2010

Silver lining

Banyak betul cubaan di bulan Ramadhan ni. Aku selalu tak sihat. Lepas tu anak tuan rumah sewa tak suka aku dan minta aku cari rumah lain secepat mungkin. Member aku minta aku pulangkan balik perabot-perabot dan mesin basuh kepunyaannya. Lepas tu aku dapat panggilan ke temuduga untuk pemeriksaan pancaindera, fizikal dan kecerdasan yang julung-julung kalinya di adakan. Bab pancaindera aku sure fail punyalah. Namun banyak juga perkara baik yang berlaku yang menyejukkan hatiku. Aku menang kes lagi dan klien aku dapat lebih banyak award gantirugi dari yang kami jangkakan. Dan aku juga dah dapat rumah sewa di lokasi yang aku idamkan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang buruk ini.

Wednesday, 11 August 2010

Cobaan...

Hari pertama aku kena gastrik ketika berpuasa. Berpeluh-peluh menahan sakit. Dua kali cirit-birit. Kena la pulak terpaksa pergi ke mahkamah di Taiping. Nasib tak baik dua kes aku kena tangguh sebentar sampai pukul 10.00 pagi. Lagi nasib tak baik satu kena batal. Lagi lagi nasib tak baik keretaku kena kompaun oleh Majlis Perbandaran Taiping sebab parking meter dah habis duit. Tapi nasib baik mula menjelma bila aku dapat buat research kes rayuan dengan baik sebab jumpa kesemua kes yang aku nak. Lagi nasib baik bila gastrik aku hilang dalam pukul 12.00 tengah hari. Lagi nasib baik bila kes aku di mahkamah Sungai Jawi menang besar. Lagi nasib baik bila aku dapat meneruskan puasa sampai habis. Alhamdulillah…

Selamat Bersahur Nami!

Aku nak bersahur buat julung-julung kalinya. Tapi banyak kedai tutup. Nasib baik ada satu kedai tomyam ala-ala siam bukak. Aku order bungkus nasi goreng daging merah. Tak sangka sedap. Bulan puasa kali ni aku berazam untuk buat banyaaaaak amal ibadah. Berusahalah Nami!